04 October 2012

Belajar Bahasa Korea - Perkenalkan Diri



Dah lama sangat tak update post Belajar Bahasa Korea, jadi kali ni kita belajar / ulangkaji macam mana nak memperkenalkan diri dalam bahasa Korea secara asas ye.

Ayat yang selalu digunakan:-
안녕하세요
annyeonghasaeyo
– Hai / Apa khabar?

안녕히 가세요
annyeongi gasaeyo
– Selamat jalan (diucapkan kepada mereka yang pergi)

안녕히 계세요
annyeongi gyesaeyo
– Selamat tinggal.

(만나서) 반가워요
mannaseo bangaweoyo
– Gembira berjumpa awak.
*kalau nak cakap 반가워요 sahaja pun takpe

이름이 뭐예요?
Iremi muoyeyo
– Apakah nama awak?

Masih belum boleh membaca huruf Hangul? Boleh lihat post berkaitan Huruf Hangul.

Dialog #1

가 : 안녕하세요. 저는 김재중이에요.
annyeonghasaeyo. Cheonen Kim Jae Joong-iyeyo.
- Apa khabar? Saya Kim Jae Joong.

나 : 안녕하세요. 저는 이준기예요.
annyeonghasaeyo. Cheonen i Jun Ki-yeyo.
- Apa khabar? Saya Lee Jun Ki.



NOTA

-이에요 / -예요 adalah penutup ayat yang menunjukkan identiti seseorang / sesuatu.

Contoh:

저는 선생님이에요.
seonsaengnim-iyeyo.
- Saya seorang guru.

Ada 받침 (batchim), pakai -이에요. Takde batchim, guna -예요.

Contoh ada batchim:-

김 재
konsonan di hujung perkataan itulah batchim, jadi kena guna -이에요.

저는 김재중이에요.

Contoh takde batchim pula:-

이 준
Perkataan diakhiri dengan huruf vokal. Jadi guna -예요.

저는 이준기예요.

Jangan risau, nanti kita cuba cover topik batchim kemudian.

Soalan untuk para pembaca harini, 이름이 뭐예요? ^^,