Showing posts with label Belajar Bahasa Korea Dalam Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Belajar Bahasa Korea Dalam Bahasa Melayu. Show all posts
06 February 2014
Bahasa Korea: Frasa Penting Ketika Melancong (I)
Dah lama tak buat artikel tentang bahasa Korea. Jadi, kali ini saya nak berkongsi beberapa ayat atau frasa penting yang boleh anda gunakan untuk berkomunikasi di sana.
Tunjuk Jalan
Andai kata anda sesat dan perlukan bantuan, boleh guna ayat ni.
(Nama tempat / Destinasi dituju) 어떻게 가요?
sebutan: ___________ ottoke gayo?
maksudnya: Macam mana nak pergi ke __________?
(Nama tempat / Destinasi dituju) 어디에요?
sebutan: ___________ eodi-ae-yo?
maksudnya: Di mana ________?
Contoh ayat:
명동 어떻게 가요?
Myeongdong ottoke gayo?
Macam mana nak pergi ke Myeongdong?
Tips #1:
Kalau boleh, catatkan juga nama tempat yang anda nak pergi dalam bahasa Korea. Contohnya, King Sejong Story adalah 세종 아야기 (Sejong iyagi) dalam bahasa Korea. Senang sikit nak tanya sebab kadang-kadang, local people ni konfius tak pun gementar sikit bila kena tanya in English.
Tips #2:
Bila dorang jawab, sila dengar betul-betul dan yang penting, perhati body language dorang. Kot dorang tunjuk arah ke kiri ke kanan ke. Gitu.
04 October 2012
Belajar Bahasa Korea - Perkenalkan Diri
Dah lama sangat tak update post Belajar Bahasa Korea, jadi kali ni kita belajar / ulangkaji macam mana nak memperkenalkan diri dalam bahasa Korea secara asas ye.
Ayat yang selalu digunakan:-
안녕하세요
annyeonghasaeyo
– Hai / Apa khabar?
안녕히 가세요
annyeongi gasaeyo
– Selamat jalan (diucapkan kepada mereka yang pergi)
안녕히 계세요
annyeongi gyesaeyo
– Selamat tinggal.
(만나서) 반가워요
mannaseo bangaweoyo
– Gembira berjumpa awak.
*kalau nak cakap 반가워요 sahaja pun takpe
이름이 뭐예요?
Iremi muoyeyo
– Apakah nama awak?
Masih belum boleh membaca huruf Hangul? Boleh lihat post berkaitan Huruf Hangul.
Dialog #1
가 : 안녕하세요. 저는 김재중이에요.
annyeonghasaeyo. Cheonen Kim Jae Joong-iyeyo.
- Apa khabar? Saya Kim Jae Joong.
나 : 안녕하세요. 저는 이준기예요.
annyeonghasaeyo. Cheonen i Jun Ki-yeyo.
- Apa khabar? Saya Lee Jun Ki.
NOTA
-이에요 / -예요 adalah penutup ayat yang menunjukkan identiti seseorang / sesuatu.
Contoh:
저는 선생님이에요.
seonsaengnim-iyeyo.
- Saya seorang guru.
Ada 받침 (batchim), pakai -이에요. Takde batchim, guna -예요.
Contoh ada batchim:-
김 재 중
konsonan di hujung perkataan itulah batchim, jadi kena guna -이에요.
저는 김재중이에요.
Contoh takde batchim pula:-
이 준 기
Perkataan diakhiri dengan huruf vokal. Jadi guna -예요.
저는 이준기예요.
Jangan risau, nanti kita cuba cover topik batchim kemudian.
Soalan untuk para pembaca harini, 이름이 뭐예요? ^^,
04 August 2012
Bahasa Korea - #CNBLUE Dream Boy
안녕하세요~
Lama sangat tak update seksyen Belajar Bahasa Korea. 미안해요. Maklumlah dah nak dekat raya kan? Jadi kena bekerja keras mencari rezeki untuk persiapan raya. Ayat skema betul. Hehe.
Kali ni nak update seksyen Bahasa Korea dengan belajar melalui lirik lagu dan lagu pilihan saya kali ni adalah lagu daripada kumpulan CNBLUE yang bertajuk Dream Boy.
*****
*****
CNBLUE
Dream Boy
그래 하늘향해 힘껏 뛰어볼까
피터팬이 될수도 있잖아
뻗은 손이 구름을 잡고서 타고 날수도 있어
원하면 할수도 있어
잃어버린 웃음을 찾고싶어
놓쳐버린 희망을 찾고싶어
그 때가 그리워져 다시 난 돌아갈래
1. 할 수 있어요
Memang saya saja keluarkan -도 daripada ayat tu untuk tunjukkan yang basic saja. 할 수 있어요 bermaksud 'boleh lakukan' atau dalam english memberi maksud 'i can do it'
Formula dia macam ni:-
Kata kerja (v) + ㄹ/를 수 있어요
Contoh:
Saya boleh makan durian
두리안을 먹을 수 있어요.
Kalau nak kata 'tak boleh ........' boleh tukar 있어요 kepada 없어요.
Formula:
Kata kerja (v) + ㄹ/를 수 없어요.
Contoh:
Saya tak boleh memandu
운전 할 수 없어요
2. 찾고 싶어요
Ayat ni memberi maksud - 'mahu mencari'.
Formula untuk menunjukkan korang nak buat sesuatu adalah seperti berikut:-
Kata kerja (v) + 고 싶어요
Contoh:
makan = 먹다
Saya nak makan
먹고 싶어요
Mesti korang selalu dengar perkataan ni - 보고 싶어요 / 보고 싶어 - yang bermaksud, 'i miss you'. ;)
보 : berasal dari 보다 (melihat)
-고 싶어요 : mahu/nak (kata kerja)
Kalau translate bulat-bulat dari perkataan tu, 보고 싶어요 bermaksud 'teringin nak lihat awak'. :D
ps: cuba biasakan diri tidak melihat romanization supaya boleh membaca hangul dengan baik.
06 June 2012
Belajar Bahasa Korea - Penjodoh Bilangan
안녕 :)
Seperti yang dijanjikan, Belajar Bahasa Korea - Penjodoh Bilangan untuk ruangan Belajar Bahasa Korea kali ini. Sistem nombor yang digunakan adalah native number (하나, 둘, 셋, 넷...)
1. Umur (tahun)
Sistem native number + 살 (sal).
Contoh:
1 (하나) + 살 = 한 살 (han sal)
2 (둘) + 살 = 두 살 (du sal)
3 (셋) + 살 = 세 살 (sae sal)
4 (넷) + 살 = 네 살 (nae sal)
5 (다섯) + 살 = 다섯 살 (daseot sal)
*Nombor 1-4, nombor tersebut akan disimplifykan menjadi seperti contoh di atas.
2. Jam
Rujuk post sebelum ini tentang masa - Mengira Masa dalam Bahasa Korea.
Contoh:
지금 몇 시예요? (chigem myeot shi yae yo?)
Pukul berapa sekarang?
Pukul 12:15
(시 - jam; 분 - minit)
열두 (yeol-du) + 시 (shi) ; 십오 (shib-o) + 분 (bun)
열두 시 십오분이에요.
yeoldu-shi shib-o-buniyeyo.
3. Jam (Tempoh)
Perbezaan antara jam (tempoh) ini dengan jam no. 2 di atas ialah - 시간 (shigan) / jam digunakan bila korang memberitahu tempoh masa untuk sesuatu perbuatan.
Contoh:
집에서 학교까지 얼마나 걸려요?
jibaeseo hakgyokaji eolmana keollyeoyo?
Berapa lama (jauh) dari rumah ke sekolah?
한 시간 걸려요.
han shigan keollyeoyo.
1 jam perjalanan dari rumah ke sekolah.
4. Penjodoh bilangan (umum)
개 - gae
개 digunakan sebagai penjodoh bilangan bagi sesuatu yang tidak mempunyai penjodoh bilangan yang khusus seperti yang terdapat di dalam post kali ni.
개 boleh digunakan untuk buah-buahan, makanan, dan erm..apa lagi ye?
Contoh:
사과 세개 주세요
sagwa sae-gae jusaeyo
Sila beri saya 3 biji epal
--------------------------
Mana lagi penjodoh bilangan yang lain?
Tunggu~ :D
Seperti yang dijanjikan, Belajar Bahasa Korea - Penjodoh Bilangan untuk ruangan Belajar Bahasa Korea kali ini. Sistem nombor yang digunakan adalah native number (하나, 둘, 셋, 넷...)
1. Umur (tahun)
Sistem native number + 살 (sal).
Contoh:
1 (하나) + 살 = 한 살 (han sal)
2 (둘) + 살 = 두 살 (du sal)
3 (셋) + 살 = 세 살 (sae sal)
4 (넷) + 살 = 네 살 (nae sal)
5 (다섯) + 살 = 다섯 살 (daseot sal)
*Nombor 1-4, nombor tersebut akan disimplifykan menjadi seperti contoh di atas.
2. Jam
Rujuk post sebelum ini tentang masa - Mengira Masa dalam Bahasa Korea.
Contoh:
지금 몇 시예요? (chigem myeot shi yae yo?)
Pukul berapa sekarang?
Pukul 12:15
(시 - jam; 분 - minit)
열두 (yeol-du) + 시 (shi) ; 십오 (shib-o) + 분 (bun)
열두 시 십오분이에요.
yeoldu-shi shib-o-buniyeyo.
3. Jam (Tempoh)
Perbezaan antara jam (tempoh) ini dengan jam no. 2 di atas ialah - 시간 (shigan) / jam digunakan bila korang memberitahu tempoh masa untuk sesuatu perbuatan.
Contoh:
집에서 학교까지 얼마나 걸려요?
jibaeseo hakgyokaji eolmana keollyeoyo?
Berapa lama (jauh) dari rumah ke sekolah?
한 시간 걸려요.
han shigan keollyeoyo.
1 jam perjalanan dari rumah ke sekolah.
4. Penjodoh bilangan (umum)
개 - gae
개 digunakan sebagai penjodoh bilangan bagi sesuatu yang tidak mempunyai penjodoh bilangan yang khusus seperti yang terdapat di dalam post kali ni.
개 boleh digunakan untuk buah-buahan, makanan, dan erm..apa lagi ye?
Contoh:
사과 세개 주세요
sagwa sae-gae jusaeyo
Sila beri saya 3 biji epal
--------------------------
Mana lagi penjodoh bilangan yang lain?
Tunggu~ :D
29 May 2012
Belajar Bahasa Korea - Mengira Duit
안녕~
Walaupun kerja tak habis lagi tapi curi-curi masa juga buat post ni. Jom belajar macam mana nak kira duit Korea (KRW)! :)
Untuk mata wang, sistem nombor yang digunakan adalah sino-korean nombor. Lihat perbezaan sistem nombor Korea.
Untuk mengira dari nombor 1 - 9 macam biasa.
1 -일 (il)
2 -이 (i)
3-삼 (sam)
4-사 (sa)
5-오 (o)
6-육 (yuk)
7-칠 (chil)
8-팔 (pal)
9-구 (gu)
10 - 십 (ship)
100 - 백 (baek)
1000 - 천 (cheon)
10 000 - 만 (man)
100 000 - 십 만 (ship man)
1 000 000 - 백 만 (baek man)
10 000 000 - 천 만 (cheon man)
100 000 000 - 억 (eok)
Sekarang nak kira duit pula. Kalau saya kena kira duit dalam Korea pun agak lambat juga sebab banyak sangat '0'.Hihihi.
100 won - 백 원 (baek won)
150 won - 백오십 원 (baek o shib won)
200 won - 이백 원 (i baek won)
300 won - 산 백 원 (sam baek won)
400 won - 사 백 원 (sa baek won)
500 won - 오 백 원 (o baek won)
1000 won - 천 원 (cheon won)
1500 won - 천 오백 원 (cheon o baek won)
10 000 won - 만 원 (man won)
15 000 won - 만 오 천 원 (man o cheon won)
100 000 won - 십 만 원 (shib man won)
150 000 won - 십 오 만 원 (shib o man won)
Korang perasan tak apa persamaan yang ada dalam senarai nombor di atas? Persamaannya.....
bila bermula dengan '1' di depan, contohnya, 100 won, kita tak kira macam ni :-
100 won - 일백원 (IL baek won)
Salah tu ye. Bila 100, 1000, 10 000, 100 000 dan seterusnya kita tak letak '일' di depan kecuali 억.
Post ni sampai sini je. Nanti panjang sangat, mulalah saya merepek-repek dan korang pun nanti tak paham. Ada soalan, jangan segan silu tanya ye. Sekian. 끝!
Walaupun kerja tak habis lagi tapi curi-curi masa juga buat post ni. Jom belajar macam mana nak kira duit Korea (KRW)! :)
Untuk mata wang, sistem nombor yang digunakan adalah sino-korean nombor. Lihat perbezaan sistem nombor Korea.
Untuk mengira dari nombor 1 - 9 macam biasa.
1 -일 (il)
2 -이 (i)
3-삼 (sam)
4-사 (sa)
5-오 (o)
6-육 (yuk)
7-칠 (chil)
8-팔 (pal)
9-구 (gu)
10 - 십 (ship)
100 - 백 (baek)
1000 - 천 (cheon)
10 000 - 만 (man)
100 000 - 십 만 (ship man)
1 000 000 - 백 만 (baek man)
10 000 000 - 천 만 (cheon man)
100 000 000 - 억 (eok)
Sekarang nak kira duit pula. Kalau saya kena kira duit dalam Korea pun agak lambat juga sebab banyak sangat '0'.Hihihi.
100 won - 백 원 (baek won)
150 won - 백오십 원 (baek o shib won)
200 won - 이백 원 (i baek won)
300 won - 산 백 원 (sam baek won)
400 won - 사 백 원 (sa baek won)
500 won - 오 백 원 (o baek won)
1000 won - 천 원 (cheon won)
1500 won - 천 오백 원 (cheon o baek won)
10 000 won - 만 원 (man won)
15 000 won - 만 오 천 원 (man o cheon won)
100 000 won - 십 만 원 (shib man won)
150 000 won - 십 오 만 원 (shib o man won)
Korang perasan tak apa persamaan yang ada dalam senarai nombor di atas? Persamaannya.....
bila bermula dengan '1' di depan, contohnya, 100 won, kita tak kira macam ni :-
100 won - 일백원 (IL baek won)
Salah tu ye. Bila 100, 1000, 10 000, 100 000 dan seterusnya kita tak letak '일' di depan kecuali 억.
Post ni sampai sini je. Nanti panjang sangat, mulalah saya merepek-repek dan korang pun nanti tak paham. Ada soalan, jangan segan silu tanya ye. Sekian. 끝!
04 May 2012
(Belajar Bahasa Korea) - Kosa Kata #5
Kosa Kata #5 di blog ini adalah Frequently Used Words (FUW). FUW ini merupakan koleksi perkataan-perkataan bahasa Korea yang sering digunakan. Kali ini, ada tambahan contoh ayat yang simple untuk setiap perkataan berikut. Dan ada di antara contoh ayat tersebut diambil dari lirik lagu popular. Boleh teka dari lirik lagu mana ayat tersebut diambil ye? ;)
1. 아침 (a-chim), kn.
- Pagi
저는 아침에 일찍 일어나요.
Saya bangun awal di waktu pagi.- Sarapan
아침은 8시와 9시 사이에 제공됩니다.
Sarapan dihidangkan antara jam 8 - 9.
2. 아직 (a-jik)
- Masih
아직 할 일이 많아요.
Masih banyak kerja untuk dilakukan.
아직 난 널 잊지 못하고
Still I can't forget you.
Dua perkataan di atas, mesti korang selalu nampak/dengar dalam lirik lagu Korea. Macam 아침, boleh la tengok-tengok twitter update artis kesukaan korang. Kadang-kadang dorang suka ucap selamat pagi sambil bersarapan gitu. Okei. See u next time. 안녕~
27 April 2012
Kosa Kata #4 - Emosi / Perasaan
Seksyen Belajar Bahasa Korea (Kosa kata) kali ini - Emosi/Perasaan.
*****
Sebelum tu, nak tanya sikit pasal kosa kata Korea yang lepas. Nyatakan perkataan berikut dalam bahasa Korea.
Kalau dapat jawab semua tu, syabas! :D
1. Polis 2. Doktor 3. Jururawat 4. Wartawan 5. Peguam
Jawapan: Kosa Kata #3 - Pekerjaan
Kalau dapat jawab semua tu, syabas! :D
*****
1. 행복하다 (haeng-bok-hada) : Gembira
2. 흥분하다 (heng-bun-hada): Teruja
3. 놀라다 (nollada): Terkejut
4. 화나다 (hwanada): Marah
5. 부끄럽다 (bukereobta): Segan
6. 긴장하다 (kinjang-hada): Gugup
7. 미소짓다 (misojitda): Senyum
8. 웃다 (utda): Ketawa
9. 피곤하다 (pigon-hada): Penat/Letih
Boleh share post ni di FB, Twitter dan juga Google+ dengan hanya klik button like, tweet dan +1 di bawah. MyKoreanWave FB Page @ Twitter - @tomykwc
30 March 2012
Belajar Bahasa Korea - 3 Gaya Percakapan
Gaya sopan dan sangat formal:
- Biasanya digunakan untuk urusan rasmi.
Contoh:
빵을 좋아합니다
(pang-el choa-ham-nida)
(Saya) suka roti.
Gaya sopan dan kurang formal:
Contoh:
밥을 먹어요
(bab-el meogeoyo)
(Saya) makan nasi
Dua (2) gaya diatas dikira sebagai 존댓말 (jundaet-mal).
Gaya biasa/반말 (ban-mal)
-반말 (ban-mal) biasanya digunakan apabila bercakap dengan kenalan yang rapat.
Contoh:
널 사랑해
(neol saranghae)
I love you.
Selalunya, sebelum gunakan banmal, orang Korea akan minta izin sama ada dorang boleh gunakan banmal atau tak.
Jika korang lebih tua (umur), boleh guna ayat ni:-
말 놔도 돼요? (mal nwado dwaeyo?)
Boleh saya gunakan banmal dengan awak?
말을 놓다: lower the language
말 편하게 해도 돼요? (mal pyeon-ha-ge hae-do dwae-yo?)
Boleh saya bercakap dengan awak dengan selesa?
Jika korang lebih muda (umur):
말 놓으셔도 돼요. (mal no-eu-syeo-do dwae-yo)
Awak boleh gunakan banmal dengan saya.
말 편하게 하셔도 돼요. (mal pyeon-ha-ge ha-syeo-do dwaeyo)
Awak boleh bercakap dengan saya dengan selesa.
16 March 2012
Kosa Kata #3 - Pekerjaan
Kosa Kata dalam seksyen Belajar Bahasa Korea yang ketiga kali ini adalah - pekerjaan. Sebelum tu, untuk sesiapa yang belum download latihan menulis huruf hangul dalam bentuk pdf boleh download. Ianya adalah percuma dan selepas tu, boleh bagi feedback supaya saya boleh perbaiki lagi nota pdf yang akan datang.
Ada sedikit tambahan untuk senarai pekerjaan di atas.
1. 경찰 (gyeong-chal): Polis
2. 선생님 (seon-saeng-nim): Cikgu
3. 교수님 (gyo-su-nim): Profesor
4. 학생 (hak-saeng): Pelajar
5. 대학생 (dae-hak-saeng): Siswa/siswi
6. 가수 (ga-su): Penyanyi
7. 의사 (ii-sa): Doktor
8. 간호사 (ganosa): Jururawat
9. 은행원 (e'naeng-weon): Pekerja Bank
10. 비서 (bi-seo): Setiausaha
11. 기자 (ki-ja): Wartawan
12. 변호사 (byeonosa): Peguam
13. 회계사 (hway-gye-sa): Akauntan
14. 회사원 (hway-sa-weon): Pekerja Pejabat
15. 주부 (ju-bu): Suri rumah
16. 선수 (seon-su): Pemain *sukan
No. 16 ni lain sikit. 선수 (seon-su) selalunya digabungkan dengan permainan/sukan yang dimainkan oleh seseorang. Contohnya, pemain bola sepak dipanggil 축구선수. 축구 (bola sepak) dan 선수 (pemain). Contoh lain, pemain baseball. Sedikit selingan, baseball merupakan antara sukan yang popular dan utama di Korea Selatan. Padang baseball di sekolah-sekolah di Korea sama banyaknya dengan padang bola sepak di sekolah-sekolah di Malaysia. Ibaratnya begitulah.
Pemain baseball adalah 야구선수. 야구 = baseball dan 선수 = pemain.
Okei. Sambung lain kali pula ya? :) Selamat belajar.
05 March 2012
Belajar Bahasa Korea - Latihan Menulis Huruf Hangul
Untuk seksyen Belajar Bahasa Korea kali ini, saya ingin kongsikan latihan menulis huruf-huruf Hangul (Konsonan dan vokal). Latihan ini disediakan dalam format .pdf. Contoh isi:
Latihan ini boleh didownload secara percuma.
Download:
(Mediafire)
31 January 2012
Belajar Bahasa Korea - Kedudukan / Posisi
Untuk seksyen Belajar Bahasa Korea kali ni, kita lihat bagaimana nak menyatakan di mana posisi atau kedudukan sesuatu barang,tempat dan juga orang seperti di belakang, di depan, dan di sebelah.
Kita akan gunakan gambar di atas sebagai rujukan.
e' - dibunyikan seperti bunyi e dalam perkataan 'Serdang' / 'Setiap'
1. atas : 위 (wi)
Bola berada di atas kotak.
2. sebelah: 옆 (yeop)
Bola berada di sebelah kotak.
3. belakang: 뒤 (dwi)
Bola berada di belakang kotak.
4. dalam: 안 (an)
Bola berada di dalam kotak.
5. depan: 앞 (ap)
Bola berada di depan kotak.
6. bawah: 아래 (arae)
Bola berada di bawah kotak.
Tambahan (tiada dalam gambar)
kiri: 왼쪽 (wayne jok)
kanan: 오른쪽 (ore'n jok)
23 January 2012
[Bahasa Korea] Kata Kerja #1
안녕하세요.
Dah lama tak terbitkan post untuk seksyen Belajar Bahasa Korea ni. Banyak sebenarnya nak dikongsikan bersama. Tapi tak terbuat-buat sampai la sekarang. Hehe.
Baiklah. Kali ni kita tengok kata kerja pula.
Kata kerja yang tersenarai di dalam gambar di atas adalah dalam bentuk dictionary form. Kalau korang nak cari perkataan dalam kamus bahasa korea, memang perkataan tersebut dalam bentuk macam ni lah, ada -다 di belakang.
Dah lama tak terbitkan post untuk seksyen Belajar Bahasa Korea ni. Banyak sebenarnya nak dikongsikan bersama. Tapi tak terbuat-buat sampai la sekarang. Hehe.
Baiklah. Kali ni kita tengok kata kerja pula.
Kata kerja yang tersenarai di dalam gambar di atas adalah dalam bentuk dictionary form. Kalau korang nak cari perkataan dalam kamus bahasa korea, memang perkataan tersebut dalam bentuk macam ni lah, ada -다 di belakang.
13 December 2011
Language Proficiency Course Intake January 2012
Untuk sesiapa yang ingin mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Jepun, Perancis, Sepanyol, Korea, Inggeris, Jerman, Itali dan Melayu (ekspatriat), IPTA seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini membuka permohonan Kursus Bahasa Asing untuk pengambilan Januari 2012.
Kursus Bahasa Asing 2012 di UPM
Bahasa yang ditawarkan:
Bahasa Arab, Perancis, Sepanyol, Jepun dan Mandarin
Tempoh kursus:
12 minggu (3 bulan) bermula 14 Januari 2012
Jumlah jam kursus: 36 jam
Masa dan tempat kursus:
Setiap hari Sabtu (9am-12pm)
Sanggar Bahasa, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi (FBMK), UPM Serdang.
Yuran: RM400 (termasuk bahan pembelajaran)
Tarikh tutup permohonan: 26 Disember 2011
Borang Permohonan (.doc) | Website FBMK, UPM
Kursus Bahasa Asing 2012 di UiTM
Bahasa yang ditawarkan:
Arab, Melayu (ekspatriat), Inggeris, Sepanyol, Korea, Jerman, Itali, Jepun, Mandarin dan Perancis
Tempoh kursus:
Januari – Mac bermula 16 Januari 2012
Masa dan Tempat kursus:
2 kali seminggu (Isnin & Rabu / Selasa & Khamis)
8pm – 10pm
Universiti Teknologi MARA
Yuran: RM650 (tidak termasuk bahan pembelajaran)
Tarikh tutup permohonan: 30 Disember 2011
Borang permohonan (pdf) | Website KKB, UiTM
Credit: hxnis.com
06 December 2011
Bahasa Korea - Masa (시간)
Mengira masa dalam bahasa Korea agak mengelirukan sebab menggunakan dua jenis sistem nombor - nombor korea (native) dan nombor sino-korea (seakan nombor dalam Bahasa Cina).
Native nombor Korea
1 - 하나 (hana)
2 - 둘 (dul)
3 - 셋 (set)
4 - 넷 (net)
5 - 다섯 (dasot)
6 - 여섯 (yeoseot)
7 - 일곱 (ilgob)
8 - 여덟 (yeodeol)
9 - 아홉 (ahob)
10 - 열 (yeol)
11 - 열한 (yeol han)
12 - 열두 (yeol du)
Sino-Korea Nombor
1 - 일 (il)
2 - 이 (i)
3 - 삼 (sam)
4 - 사 (sa)
5 - 오 (o)
6 - 육 (yuk)
7 - 칠 (chil)
8 - 팔 (pal)
9 - 구 (gu)
10 - 십 (shib)
11 - 십 일 (shib il)
12 - 십 이 (shib i)
13 - 십 삼 (shib sam)
14 - 십 사 (shib sa)
15 - 십 오 (shib o)
16 - 십 육 (shib yuk)
17 - 십칠 (shib chil)
18 - 십팔 (shib pal)
19 - 십구 (shib gu)
20 - 이십 (i shib)
30 - 삼십 (sam shib)
40 - 사십 (sa shib)
50 - 오십 (o shib)
Jam - 시 (shi) Minit - 분 (bun)
Untuk jam, nombor native korea digunakan. Manakala untuk minit, nombor sino-korea digunakan.
Contoh:
Pukul 1 - 1 시 (한 시)
Pukul 2 - 두 시 (du shi)
Pukul 3 - 세 시 (sae shi)
Pukul 4 - 네 시 (nae shi)
...dan seterusnya.
1 minit - 일 분 (il bun)
2 minit - 이 분 (i bun)
3 minit - 삼 분 (sam bun)
4 minit - 사 분 (sa bun)
5 minit - 오 분 (o bun)
10 minit - 십 분 (shib bun)
15 minit - 십 오 분
20 minit - 이 십 분
25 minit - 이 십 오 분
...dan seterusnya.
Bila digabungkan:-
Pukul 1:15 - 한 시 십오 분
Pukul 6:30 - 여섯 시 삼 십 분 *30 minit juga boleh disebut sebagai 반 (ban) yang bermaksud setengah.
Till then.
Entri ini di bawah ruangan 'Belajar Bahasa Korea dalam Bahasa Melayu'. Tutorial belajar bahasa korea ini biasanya diterbitkan lebih awal di laman facebook kami.
22 November 2011
Kosa Kata #2 - Hari dalam Bahasa Korea
Sesi belajar Bahasa Korea dalam Bahasa Melayu kali ini adalah - hari.
Sebenarnya saya dah belajar waktu level 1 dulu, tapi biasa lah manusia, sentiasa lupa bila tak buat ulangkaji. haha.
Cara nak ingat hari dalam bahasa Korea ialah ingat yang bahagian depan seperti dalam gambar di atas.
월 화 수 목 금 토 일 + 요일
sekian.
Sebenarnya saya dah belajar waktu level 1 dulu, tapi biasa lah manusia, sentiasa lupa bila tak buat ulangkaji. haha.
Cara nak ingat hari dalam bahasa Korea ialah ingat yang bahagian depan seperti dalam gambar di atas.
월 화 수 목 금 토 일 + 요일
sekian.
16 November 2011
Korean Language: Basic Sentence
08 November 2011
[Bahasa Korea] Kosa Kata #1
Kosa kata (vocabulary) pertama dalam blog ni. Lebih banyak kosa kata akan dikeluarkan selepas ini.
Boleh lihat senarai post berkaitan belajar bahasa korea dalam bahasa melayu di menu 'Bahasa Korea' seperti di atas. Jika ada pertanyaan / permintaan boleh utarakan melalui ruangan komen di bawah.
I'm really sorry for non malay speaker because there are too many sites that provide korean language tutorial in English. That's why I don't want to cover it in English here. Highly recommend Talk to Me in Korean site for English speaker. They are the best! Have fun learning Korean language! ^^
Boleh lihat senarai post berkaitan belajar bahasa korea dalam bahasa melayu di menu 'Bahasa Korea' seperti di atas. Jika ada pertanyaan / permintaan boleh utarakan melalui ruangan komen di bawah.
I'm really sorry for non malay speaker because there are too many sites that provide korean language tutorial in English. That's why I don't want to cover it in English here. Highly recommend Talk to Me in Korean site for English speaker. They are the best! Have fun learning Korean language! ^^
04 September 2011
Huruf Vokal Korea (Hangeul)
Continue with Belajar Bahasa Korea dalam Bahasa Melayu section.
**** change language ****
Haritu dah setel dengan huruf konsonan, kali ni kita tengok pula huruf vokal. Huruf vokal ni memang kena ada 'O' di atas atau di sebelah kiri.
Belajar Mengenal Huruf Hangul (Interactive Flash)
20 August 2011
Belajar Bahasa Korea - Huruf Hangeul (Konsonan)
![]() |
| Huruf Konsonan Korea |
Tulisan Korea mempunyai huruf-hurufnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Han-Geul (한글). Huruf konsonan han-geul ada 19 huruf manakala huruf vokal han-geul 21 huruf. Jumlah keseluruhan huruf hangeul ada 41 kesemuanya.
Gambar di atas adalah huruf konsonan han-geul.
1)
Huruf di atas kadang kala dibunyikan seperti huruf 'g' yang mempunyai bunyi huruf 'k' yang lembut. Tapi lebih menghampiri ke bunyi huruf 'g'. Lebih mudah disebut dengan huruf 'g'.
2)
Seperti huruf 'k' tapi dihujungnya ada angin.
3)
Okay, huruf ini dibunyikan sama dan sempurna seperti huruf 'k'
4)
Lebih mudah disebut seperti huruf 'd'
5)
Seperti huruf 't' tetapi ada angin di hujungnya. Contoh: sebutan 'th' dalam perkataan 'the'.
Belajar Mengenal Huruf Hangul (Interactive Flash)
6)
Sama seperti bunyi 't' yang sempurna.
7)
Huruf 'b' yang lembut.
8)
Huruf 'p' disebut lembut. Lihat huruf no. 2 dan 5 sebagai rujukan.
9)
dibunyikan sama seperti huruf 'p'
Yang lain sama je macam gambar pertama di atas. Sorry. Lambat sangat publish post ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































