04 August 2012

Bahasa Korea - #CNBLUE Dream Boy


안녕하세요~

Lama sangat tak update seksyen Belajar Bahasa Korea. 미안해요. Maklumlah dah nak dekat raya kan? Jadi kena bekerja keras mencari rezeki untuk persiapan raya. Ayat skema betul. Hehe.

Kali ni nak update seksyen Bahasa Korea dengan belajar melalui lirik lagu dan lagu pilihan saya kali ni adalah lagu daripada kumpulan CNBLUE yang bertajuk Dream Boy.
*****

*****
CNBLUE
Dream Boy

그래 하늘향해 힘껏 뛰어볼까

피터팬이 될수도 있잖아

뻗은 손이 구름을 잡고서 타고 날수도 있어

원하면 할수도 있어


잃어버린 웃음을 찾고싶어

놓쳐버린 희망을 찾고싶어

그 때가 그리워져 다시 난 돌아갈래


1. 할 수 있어요
Memang saya saja keluarkan -도 daripada ayat tu untuk tunjukkan yang basic saja. 할 수 있어요 bermaksud 'boleh lakukan' atau dalam english memberi maksud 'i can do it'

Formula dia macam ni:-
Kata kerja (v) + ㄹ/를 수 있어요

Contoh:
Saya boleh makan durian
두리안을 먹을 수 있어요.

Kalau nak kata 'tak boleh ........' boleh tukar 있어요 kepada 없어요.

Formula:
Kata kerja (v) + ㄹ/를 수 없어요.

Contoh:
Saya tak boleh memandu
운전 할 수 없어요




2. 찾고 싶어요

Ayat ni memberi maksud - 'mahu mencari'.

Formula untuk menunjukkan korang nak buat sesuatu adalah seperti berikut:-
Kata kerja (v) + 고 싶어요

Contoh:
makan = 먹다

Saya nak makan
먹고 싶어요

Mesti korang selalu dengar perkataan ni - 보고 싶어요 / 보고 싶어 - yang bermaksud, 'i miss you'. ;)

보 : berasal dari 보다 (melihat)
-고 싶어요 : mahu/nak (kata kerja)

Kalau translate bulat-bulat dari perkataan tu, 보고 싶어요 bermaksud 'teringin nak lihat awak'. :D

ps: cuba biasakan diri tidak melihat romanization supaya boleh membaca hangul dengan baik.

5 comments:

Farina Jamaludin said...

saya akan mula bljar bhsa korea sem depan..ape persediaan yang patut saya buat?..^^ kamsahamnida..

KWC Hee said...

Hai Farina,
Sebagai persediaan, saya sarankan Farina mula biasakan diri dengan huruf-huruf hangul dahulu.

Farina ambil kelas korea di universiti ke? Kalau ya, tumpukan lebih kepada huruf vokal dan konsonan dahulu kemudian baru lihat ejaan. Sebab di universiti, proses pembelajaran dia kadang-kadang laju juga untuk habiskan syllabus.

All the best to you :)

Farina Jamaludin said...

Ha'a..sye ambik kelas kat U..ok,thanks a lot admin...klu ade ape2 persoaln bolhlah sye jadikan admin sebagai rujukan sye ye?...^^

KWC Hee said...

saya pun masih belajar lagi bahasa korea ni. Jadi, boleh lah kita sama-sama belajar. ;)

Farina Jamaludin said...

oraite....;D