06 February 2014
Bahasa Korea: Frasa Penting Ketika Melancong (I)
Dah lama tak buat artikel tentang bahasa Korea. Jadi, kali ini saya nak berkongsi beberapa ayat atau frasa penting yang boleh anda gunakan untuk berkomunikasi di sana.
Tunjuk Jalan
Andai kata anda sesat dan perlukan bantuan, boleh guna ayat ni.
(Nama tempat / Destinasi dituju) 어떻게 가요?
sebutan: ___________ ottoke gayo?
maksudnya: Macam mana nak pergi ke __________?
(Nama tempat / Destinasi dituju) 어디에요?
sebutan: ___________ eodi-ae-yo?
maksudnya: Di mana ________?
Contoh ayat:
명동 어떻게 가요?
Myeongdong ottoke gayo?
Macam mana nak pergi ke Myeongdong?
Tips #1:
Kalau boleh, catatkan juga nama tempat yang anda nak pergi dalam bahasa Korea. Contohnya, King Sejong Story adalah 세종 아야기 (Sejong iyagi) dalam bahasa Korea. Senang sikit nak tanya sebab kadang-kadang, local people ni konfius tak pun gementar sikit bila kena tanya in English.
Tips #2:
Bila dorang jawab, sila dengar betul-betul dan yang penting, perhati body language dorang. Kot dorang tunjuk arah ke kiri ke kanan ke. Gitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment