06 June 2012

Belajar Bahasa Korea - Penjodoh Bilangan

안녕 :)

Seperti yang dijanjikan, Belajar Bahasa Korea - Penjodoh Bilangan untuk ruangan Belajar Bahasa Korea kali ini. Sistem nombor yang digunakan adalah native number (하나, 둘, 셋, 넷...)

1. Umur (tahun)
Sistem native number + 살 (sal).
Contoh:
1 (하나) + 살 = 살 (han sal)
2 () + 살 = 살 (du sal)
3 () + 살 = 살 (sae sal)
4 () + 살 = 살 (nae sal)
5 (다섯) + 살 = 다섯 살 (daseot sal)

*Nombor 1-4, nombor tersebut akan disimplifykan menjadi seperti contoh di atas.

2. Jam
Rujuk post sebelum ini tentang masa - Mengira Masa dalam Bahasa Korea.

Contoh:
지금 몇 시예요? (chigem myeot shi yae yo?)
Pukul berapa sekarang?

Pukul 12:15
(시 - jam; 분 - minit)
열두 (yeol-du) + 시 (shi) ; 십오 (shib-o) + 분 (bun)

열두 시 십오분이에요.
yeoldu-shi shib-o-buniyeyo.



3. Jam (Tempoh)
Perbezaan antara jam (tempoh) ini dengan jam no. 2 di atas ialah - 시간 (shigan) / jam digunakan bila korang memberitahu tempoh masa untuk sesuatu perbuatan.

Contoh:

집에서 학교까지 얼마나 걸려요?
jibaeseo hakgyokaji eolmana keollyeoyo?
Berapa lama (jauh) dari rumah ke sekolah?

한 시간 걸려요.
han shigan keollyeoyo.
1 jam perjalanan dari rumah ke sekolah.

4. Penjodoh bilangan (umum)

개 - gae

개 digunakan sebagai penjodoh bilangan bagi sesuatu yang tidak mempunyai penjodoh bilangan yang khusus seperti yang terdapat di dalam post kali ni.

개 boleh digunakan untuk buah-buahan, makanan, dan erm..apa lagi ye?

Contoh:

사과 세개 주세요
sagwa sae-gae jusaeyo
Sila beri saya 3 biji epal

--------------------------
Mana lagi penjodoh bilangan yang lain?
Tunggu~ :D

2 comments:

Azlieyn Vinseoppie said...

Mcm mana nak buat ayt mnggunakn prkataan `gae' selain ayt buah-buahan??.

KWC Hee said...

개 (gae) boleh juga digunakan untuk beg, contohnya.

가방 세개주세요.