Showing posts with label Bahasa Korea. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Korea. Show all posts

08 April 2015

Bahasa Korea: Frasa Penting Ketika Melancong II



Terima kasih kepada tim TalkToMeInKorean kerana sudi menjawab pertanyaan saya untuk segmen 'How You Say This in Korean'.

Ini adalah antara ayat penting yang boleh digunakan ketika korang melawat ke Korea sebab ianya berkaitan dengan makanan. Hehe. Lagi pula saya ni suka juga makan makanan yang dijual di tepi-tepi jalan di Korea. Orang putih kata, street food, gitu speakingnya.

Pertanyaan saya, bagaimana nak tanya tentang isi dalam makanan seperti mandu (dumpling Korea)? Yelah, kena tanya dulu kan?

Jawapan dari tim TalkTomeInKorean,

만두 속에 들어 있는 게 뭐예요?
sebutan: mandu sogae dereo inen gae moyeyo?
maksudnya: Apakah isi mandu ini?

atau

만두 속에 뭐가 들어 있어요?
sebutan: mandu sogae moga dereo isseoyo?
maksudnya: Apakah yang diletak dalam mandu ini?

Ada daging/ ham di dalamnya?

만두 속에 고기 나 햄 들어 있어요?
sebutan: mandu sogae gogi na ham dereo isseoyo?
maksudnya: Ada daging atau ham ke dalam mandu?

Kalau mandu / hotteok yang isinya sayur (japchae) atau kimchi, bolehlah makan jika korang tak rasa ragu-ragu.

06 February 2014

Bahasa Korea: Frasa Penting Ketika Melancong (I)


Dah lama tak buat artikel tentang bahasa Korea. Jadi, kali ini saya nak berkongsi beberapa ayat atau frasa penting yang boleh anda gunakan untuk berkomunikasi di sana.

Tunjuk Jalan
Andai kata anda sesat dan perlukan bantuan, boleh guna ayat ni.

(Nama tempat / Destinasi dituju) 어떻게 가요?
sebutan: ___________ ottoke gayo?
maksudnya: Macam mana nak pergi ke __________?

(Nama tempat / Destinasi dituju) 어디에요?
sebutan: ___________ eodi-ae-yo?
maksudnya: Di mana ________?

Contoh ayat:

명동 어떻게 가요?
Myeongdong ottoke gayo?
Macam mana nak pergi ke Myeongdong?

Tips #1:
Kalau boleh, catatkan juga nama tempat yang anda nak pergi dalam bahasa Korea. Contohnya, King Sejong Story adalah 세종 아야기 (Sejong iyagi) dalam bahasa Korea. Senang sikit nak tanya sebab kadang-kadang, local people ni konfius tak pun gementar sikit bila kena tanya in English.

Tips #2:
Bila dorang jawab, sila dengar betul-betul dan yang penting, perhati body language dorang. Kot dorang tunjuk arah ke kiri ke kanan ke. Gitu.