16 March 2012

Kosa Kata #3 - Pekerjaan

Kosa Kata dalam seksyen Belajar Bahasa Korea yang ketiga kali ini adalah - pekerjaan. Sebelum tu, untuk sesiapa yang belum download latihan menulis huruf hangul dalam bentuk pdf boleh download. Ianya adalah percuma dan selepas tu, boleh bagi feedback supaya saya boleh perbaiki lagi nota pdf yang akan datang.

Ada sedikit tambahan untuk senarai pekerjaan di atas.

1. 경찰 (gyeong-chal): Polis

2. 선생님 (seon-saeng-nim): Cikgu

3. 교수님 (gyo-su-nim): Profesor

4. 학생 (hak-saeng): Pelajar

5. 대학생 (dae-hak-saeng): Siswa/siswi

6. 가수 (ga-su): Penyanyi


7. 의사 (ii-sa): Doktor

8. 간호사 (ganosa): Jururawat




9. 은행원 (e'naeng-weon): Pekerja Bank

10. 비서 (bi-seo): Setiausaha

11. 기자 (ki-ja): Wartawan

12. 변호사 (byeonosa): Peguam

13. 회계사 (hway-gye-sa): Akauntan

14. 회사원 (hway-sa-weon): Pekerja Pejabat

15. 주부 (ju-bu): Suri rumah

16. 선수 (seon-su): Pemain *sukan

No. 16 ni lain sikit. 선수 (seon-su) selalunya digabungkan dengan permainan/sukan yang dimainkan oleh seseorang. Contohnya, pemain bola sepak dipanggil 축구선수. 축구 (bola sepak) dan 선수 (pemain). Contoh lain, pemain baseball. Sedikit selingan, baseball merupakan antara sukan yang popular dan utama di Korea Selatan. Padang baseball di sekolah-sekolah di Korea sama banyaknya dengan padang bola sepak di sekolah-sekolah di Malaysia. Ibaratnya begitulah.

Pemain baseball adalah 야구선수. 야구 = baseball dan 선수 = pemain.

Okei. Sambung lain kali pula ya? :) Selamat belajar.

5 comments:

Nuraiman84 said...

i love korea

Pkah3101_baeyongjune said...

phm 3

KWC Hee said...

Bagus! :)

farhan hafizi said...

minta izin saya nk copy jenis pekerjaan tu dlm bahase korea

KWC Hee said...

sila tinggalkan link ye.