Showing posts with label Kosa Kata. Show all posts
Showing posts with label Kosa Kata. Show all posts

04 May 2012

(Belajar Bahasa Korea) - Kosa Kata #5


Kosa Kata #5 di blog ini adalah Frequently Used Words (FUW). FUW ini merupakan koleksi perkataan-perkataan bahasa Korea yang sering digunakan. Kali ini, ada tambahan contoh ayat yang simple untuk setiap perkataan berikut. Dan ada di antara contoh ayat tersebut diambil dari lirik lagu popular. Boleh teka dari lirik lagu mana ayat tersebut diambil ye? ;)




1. 아침 (a-chim), kn.
- Pagi
저는 아침에 일찍 일어나요.
Saya bangun awal di waktu pagi.

- Sarapan
아침은 8시와 9시 사이에 제공됩니다.
Sarapan dihidangkan antara jam 8 - 9.

2. 아직 (a-jik)
- Masih
아직 할 일이 많아요.
Masih banyak kerja untuk dilakukan.

아직 난 널 잊지 못하고
Still I can't forget you.

Dua perkataan di atas, mesti korang selalu nampak/dengar dalam lirik lagu Korea. Macam 아침, boleh la tengok-tengok twitter update artis kesukaan korang. Kadang-kadang dorang suka ucap selamat pagi sambil bersarapan gitu. Okei. See u next time. 안녕~

27 April 2012

Kosa Kata #4 - Emosi / Perasaan

Seksyen Belajar Bahasa Korea (Kosa kata) kali ini - Emosi/Perasaan.
*****
Sebelum tu, nak tanya sikit pasal kosa kata Korea yang lepas. Nyatakan perkataan berikut dalam bahasa Korea.

1. Polis   2. Doktor   3. Jururawat   4. Wartawan   5. Peguam


Kalau dapat jawab semua tu, syabas! :D
*****
1. 행복하다 (haeng-bok-hada) : Gembira

2. 흥분하다 (heng-bun-hada): Teruja

3. 놀라다 (nollada): Terkejut

4. 화나다 (hwanada): Marah




5. 부끄럽다 (bukereobta): Segan

6. 긴장하다 (kinjang-hada): Gugup

7. 미소짓다 (misojitda): Senyum

8. 웃다 (utda): Ketawa

9. 피곤하다 (pigon-hada): Penat/Letih

Boleh share post ni di FB, Twitter dan juga Google+ dengan hanya klik button like, tweet dan +1 di bawah. MyKoreanWave FB Page @ Twitter - @tomykwc

16 March 2012

Kosa Kata #3 - Pekerjaan

Kosa Kata dalam seksyen Belajar Bahasa Korea yang ketiga kali ini adalah - pekerjaan. Sebelum tu, untuk sesiapa yang belum download latihan menulis huruf hangul dalam bentuk pdf boleh download. Ianya adalah percuma dan selepas tu, boleh bagi feedback supaya saya boleh perbaiki lagi nota pdf yang akan datang.

Ada sedikit tambahan untuk senarai pekerjaan di atas.

1. 경찰 (gyeong-chal): Polis

2. 선생님 (seon-saeng-nim): Cikgu

3. 교수님 (gyo-su-nim): Profesor

4. 학생 (hak-saeng): Pelajar

5. 대학생 (dae-hak-saeng): Siswa/siswi

6. 가수 (ga-su): Penyanyi


7. 의사 (ii-sa): Doktor

8. 간호사 (ganosa): Jururawat




9. 은행원 (e'naeng-weon): Pekerja Bank

10. 비서 (bi-seo): Setiausaha

11. 기자 (ki-ja): Wartawan

12. 변호사 (byeonosa): Peguam

13. 회계사 (hway-gye-sa): Akauntan

14. 회사원 (hway-sa-weon): Pekerja Pejabat

15. 주부 (ju-bu): Suri rumah

16. 선수 (seon-su): Pemain *sukan

No. 16 ni lain sikit. 선수 (seon-su) selalunya digabungkan dengan permainan/sukan yang dimainkan oleh seseorang. Contohnya, pemain bola sepak dipanggil 축구선수. 축구 (bola sepak) dan 선수 (pemain). Contoh lain, pemain baseball. Sedikit selingan, baseball merupakan antara sukan yang popular dan utama di Korea Selatan. Padang baseball di sekolah-sekolah di Korea sama banyaknya dengan padang bola sepak di sekolah-sekolah di Malaysia. Ibaratnya begitulah.

Pemain baseball adalah 야구선수. 야구 = baseball dan 선수 = pemain.

Okei. Sambung lain kali pula ya? :) Selamat belajar.

06 December 2011

Bahasa Korea - Masa (시간)


Mengira masa dalam bahasa Korea agak mengelirukan sebab menggunakan dua jenis sistem nombor - nombor korea (native) dan nombor sino-korea (seakan nombor dalam Bahasa Cina).

Native nombor Korea

1 - 하나 (hana)

2 - 둘 (dul)

3 - 셋 (set)

4 - 넷 (net)

5 - 다섯 (dasot)

6 - 여섯 (yeoseot)

7 - 일곱 (ilgob)

8 - 여덟 (yeodeol)

9 - 아홉 (ahob)

10 - 열 (yeol)

11 - 열한 (yeol han)

12 - 열두 (yeol du)



Sino-Korea Nombor

1 - 일 (il)

2 - 이 (i)

3 - 삼 (sam)

4 - 사 (sa)

5 - 오 (o)

6 - 육 (yuk)

7 - 칠 (chil)

8 - 팔 (pal)

9 - 구 (gu)

10 - 십 (shib)

11 - 십 일 (shib il)

12  - 십 이 (shib i)

13 - 십 삼 (shib sam)

14 - 십 사 (shib sa)

15 - 십 오 (shib o)

16 - 십 육 (shib yuk)

17 - 십칠 (shib chil)

18 - 십팔 (shib pal)

19 - 십구 (shib gu)

20 - 이십 (i shib)

30 - 삼십 (sam shib)

40 - 사십 (sa shib)

50 - 오십 (o shib)

Jam - 시 (shi)   Minit - 분 (bun)

Untuk jam, nombor native korea digunakan. Manakala untuk minit, nombor sino-korea digunakan.

Contoh:

Pukul 1 - 1 시 (한 시)

Pukul 2 - 두 시 (du shi)

Pukul 3 - 세 시 (sae shi)

Pukul 4 - 네 시 (nae shi)

...dan seterusnya.

1 minit - 일 분 (il bun)

2 minit - 이 분 (i bun)

3 minit - 삼 분 (sam bun)

4 minit - 사 분 (sa bun)

5 minit - 오 분 (o bun)

10 minit - 십 분 (shib bun)

15 minit - 십 오 분

20 minit - 이 십 분

25 minit - 이 십 오 분

...dan seterusnya.


Bila digabungkan:-

Pukul 1:15 - 한 시 십오 분

Pukul 6:30 - 여섯 시 삼 십 분    *30 minit juga boleh disebut sebagai 반 (ban) yang bermaksud setengah.

Till then.

Entri ini di bawah ruangan 'Belajar Bahasa Korea dalam Bahasa Melayu'. Tutorial belajar bahasa korea ini biasanya diterbitkan lebih awal di laman facebook kami.

22 November 2011

Kosa Kata #2 - Hari dalam Bahasa Korea

Sesi belajar Bahasa Korea dalam Bahasa Melayu kali ini adalah - hari.



Sebenarnya saya dah belajar waktu level 1 dulu, tapi biasa lah manusia, sentiasa lupa bila tak buat ulangkaji. haha.

Cara nak ingat hari dalam bahasa Korea ialah ingat yang bahagian depan seperti dalam gambar di atas.

월   화   수  목   금   토   일   +   요일

sekian.

08 November 2011

[Bahasa Korea] Kosa Kata #1

Kosa kata (vocabulary) pertama dalam blog ni. Lebih banyak kosa kata akan dikeluarkan selepas ini.

Boleh lihat senarai post berkaitan belajar bahasa korea dalam bahasa melayu di menu 'Bahasa Korea' seperti di atas. Jika ada pertanyaan / permintaan boleh utarakan melalui ruangan komen di bawah.



I'm really sorry for non malay speaker because there are too many sites that provide korean language tutorial in English. That's why I don't want to cover it in English here. Highly recommend Talk to Me in Korean site for English speaker. They are the best! Have fun learning Korean language! ^^